Pengalaman Saya #1
Salam semua, saya seorang wanita bekerjaya dengan 2 orang anak. Semasa melahirkan anak kedua saya, saya bercita-cita ingin memilik perniagaan online. Saya bereksperimen serba sedikit semasa dalam pantang dan alhamdullilah, perniagaan online saya mendapat sambutan. Cuba bayangkan sambil menyusukan anak dalam pantang saya melayani pertanyaan pelanggan melalui whatsapp...Fuh! memang memenatkan! Syukurlah cik abang saya memahami dan banyak membantu. TQ cuk! ;) Si kakak melayani adik yang baru lahir...hehehe so cute! Pada mulanya, perniagaan berjalan dengan lancar....setakat 1 - 2 parcel seminggu saya masih mampu uruskan lagi. Tetapi lama kelamaan permintaan semakin meningkat dan saya makin rasa tersepit antara urusan perniagaan separuh masa, kerjaya dan keluarga..bayangkan saya terpaksa juggling untuk imbangkan ketiga-tiga urusan ni...phew!! Kemudian saya mula terfikir camne agaknya kalau poslaju boleh datang dan collect parcel-parcel saya untuk dihantar kepada pelanggan bila dip...