Cara Tambah Nilai (Top Up) Kredit Easyparcel

Easyparcel ada menyediakan portal untuk tambah nilai (top up) nilai kredit di dalam sistem untuk membuat pesanan (order) khidmat kurier pilihan anda. Ia sangat menjimatkan masa dan efisyen. Banyak juga saya terima pertanyaan dari rakan-rakan online seller tentang bagaimana cara untuk buat tambah nilai (top up) kredit. Saya tak nafikan kadang-kadang benda simple camni pun kita boleh confuse termasuk la saya masa mula-mula guna Easyparcel dulu. Dalam artikel ini saya akan memberikan panduan langkah demi langkah (step by step Ohh baby) untuk menambah nilai kredit anda dalam sistem Easyparcel.

Langkah 1

Mula-mula login dalam akaun Easyparcel anda. Klik pada pautan "My Account" dan kemudian klik pada pautan "Top Up" pada penjuru atas belah kanan. Sila rujuk gambar di bawah.


Langkah 2

Pilih pakej tambah nilai yang bersesuaian dengan bajet anda. Saya suka amik pakej RM 2,000 siap dapat bonus kredit berjumlah RM 200. Senang nak buat delivery takyah pening-pening kepala.


Langkah 3 

Anda boleh pilih untup buat pembayaran guna kad kredit, online banking atau ewallet. Isikan butir-butir pembayaran dan klik butang "Proceed". Untuk menyemak samada tambah nilai berjaya atau tidak, anda boleh semak di "My Account" dan klik pada butang "History". Anda boleh semak penyata baki di sini.


Nota: Disyorkan anda sentiasa top up nilai kredit walaupun tak ada penghantaran dibuat. Ini untuk melancarkan pembayaran apabila ingin membuat penghantaran. Jangan risau, kredit Easyparcel ini sah sehinggan 365 hari dari tarikh tambah nilai menjadikan ia berbaloi dari segi penjimatan.

Comments

Popular posts from this blog

Pick Up Penghantaran Lewat atau Terlepas? Jangan Risau Adukan Saja Pada Easyparcel

Kenapa Perlu Beratur Panjang Untuk Hantar Barang Ke Pelanggan?