Pick Up Penghantaran Lewat atau Terlepas? Jangan Risau Adukan Saja Pada Easyparcel
Kadang-kadang kita sebagai online seller yang sibuk menguruskan pelbagai perkara mungkin terlupa untuk follow up dengan Poslaju atau kurier-kurier pilihan kita untuk datang dan Pick Up parcel kita yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan pada masa dan tarikh yang telah dijanjikan. Sekiranya isu ini timbul sudah tentulah reputasi kita selaku online seller sedikit sebanyak akan terjejas bila pelanggan tidak dapat terima produk dalam masa yang dijanjikan. Bila jadi camtu kepada siapa kita nak mengadu? Selain berdoa kepada Allah agar dicekalkan hati kita dalam usaha menjadi online seller berjaya kita juga boleh membuat aduan terus kepada Easyparcel. Bagaimana caranya? Ikuti panduan di bawah:-
LAPORAN KELEWATAN MENGAMBIL PARCEL
Langkah 1 - Log In dalam akaun dan klik pada butang "ALL SHIPMENTS dan "SUCCESSFULLY DELIVERED" untuk membuat laporan kelewatan penghantaran.
Langkah 3 - Pilih "OK" untuk confirm dan teruskan.
Langkah 4 - Anda kini telah berjaya melaporkan kepada Easyparcel. Pihak Easyparcel akan follow up dengan pihak kurier.
Langkah 5 - Ini adalah penunjuk bahawa parcel ini telah dilaporkan.
LAPORAN PARCEL YANG TIDAK DIAMBIL OLEH KURIER
Langkah 1 - Log In dalam akaun dan klik pada butang "ALL SHIPMENTS dan "PENDING FOR COLLECTION" untuk membuat laporan penghantaran yang masih boleh diambil selepas jam 8.00 malam pada tarikh yang sepatutnya parcel diambil oleh pihak kurier.
Langkah 2 - Klik pada ikon berwarna kuning untuk membuat laporan.
Langkah 3 - Klik "OK" untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 4 - Parcel yang tertinggal telah dilaporkan dan pihak Easyparcel akan mengatur jadual kurier untuk parcel diambil pada hari bekerja berikutnya.
Gambar di bawah menunjukkan parcel telah dilaporkan.
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh e-mel support@easyparcel.my
Dengan adanya fungsi ini kita tak perlu risau lagi kalau parcel kita tidak diambil oleh pihak kurier. Easyparcel akan membantu anda dalam urusan follow up dengan pihak kurier.
Comments
Post a Comment