Bagaimana Membuat Tempahan Penghantaran Easyparcel?
Di sini saya lampirkan satu video penerangan bagaimana membuat tempahan (booking) penghantaran dengan Easyparcel. Video ini dalam Bahasa Inggeris tapi saya yakin rakyat Malaysia mampu memahami penerangan yang disampaikan dalam video ini. Jika tak faham juga saya ada terbitkan satu artikel dalam Bahasa Melayu di bawah video ini bagaimana untuk menempah penghantaran parcel dengan Easyparcel.
CARA-CARA MEMBUAT TEMPAHAN PESANAN PENGHANTARAN EASYPARCEL
Langkah 1 - Log In ke dalam akaun anda,
Langkah 3 - Pilih Negeri, Poskod dan berat barang yang ingin dihantar dan klik "Quote Now"
Langkah 4 - Anda akan nampak senarai syarikat-syarikat kurier yang boleh dipilih. Anda boleh pilih parcel dikutip di hari yang sama (Same Day Pick Up) atau tetapkan tarikh untuk parcel dikutip. Anda boleh menempah kutipan pada hari yang sama sekiranya pesanan dibuat sebelum 12 PM.
Langkah 5 - Bergantung kepada tempahan pengguna-pengguna Easyparcel yang lain, mungkin ada beberapa syarikat kurier yang anda boleh pilih. Pilih syarikat kurier pilihan anda beserta tarikh kutipan parcel dan klik "Book Now" untuk menempah.
Apa itu "VIP Rate" dan "Your Rate"?
VIP Rate - Ini adalah kadar yang anda dapat jika anda tambah nilai pada pakej yang istimewa.
Your Rate - Ini adalah kadar yang anda bayar sekarang.
Langkah 6 - Masukkan butiran parcel dan alamat penghantaran. Anda akan diberi pilihan untuk membeli Insurans Perlindungan Tambahan sekiranya nilai barang melebihi RM100/RM300 (Bergantung kepada Kadar Asas Perlindungan kurier)
Nota: Jika anda bercadang untuk ubah Poskod, klik butang "Back" dan isikan Poskod baru.
Langkah 7 - Sahkan tempahan dan klik "Check Out".
Langkah 8 - Buat pembayaran dengan kredit Easyparcel. Pastikan baki kredit mencukupi.
Nota: Apa akan jadi jika baki anda tidak mencukupi? Anda boleh membuat pembayaran dengan "Instant Pay" namun ia akan dikira ikut kadar yang lebih tinggi dari kredit Easyparcel.
Langkah 9 - Klik "Print Now" dan cetak AWB.
Langkah 10 - Selesai! Anda boleh menyemak status penghantaran di butang "All Shipments" atau cetak slip AWB di sini.
Itu sahaja. Mudah bukan? Kini anda boleh menumpukan perhatian pada pengurusan perniagaan anda tanpa perlu pergi ke pejabat Pos dan secara tak langsung dapat menjimatkan kos perniagaan anda. Tunggu sahaja wakil kurier datang dan pick up parcel anda. Jangan lupa untuk cetak AWB dan kepilkan pada parcel anda. Pastikan salinan mencukupi untuk simpanan syarikat kurier.
Sekiranya ada masalah atau pertanyaan sila adukan di sini:-
1. E-mel: support@easyparcel.my
2. Telefon: 1700-819-932 (Support team) or 1700-814-932 (Sales and Consultation)
3. Live Chat di laman utama www.easyparcel.my
Comments
Post a Comment